
Sekolah Rendah Tahfiz Integrasi Ismail Kamari atau dikenali sebagai “SeRTiiK” adalah merupakan sebuah sekolah tahfiz yang dibangunkan atas keperhatinan terhadap sistem pendidikan yang mengutamakan keseimbangan pembelajaran aliran akademik dan aliran agama agar dapat melahirkan modal insan yang cemerlang dari aspek akademik dan pengetahuan agama.
Pendidikan Awal yang berteraskan konsep ini bukanlah sesuatu yang baharu dimana SeRTIIK telah mengambil inisiatif ini agar lebih ramai ibubapa yang mempunyai pandangan yang sama dapat menghantar anak mereka.
Kesinambungan pembelajaran ke peringkat lebih tinggi adalah satu objektif SeRTIIK agar pelajar-pelajar dapat mendalami ilmu mereka ke sekolah menengah dan kolej atau universiti di dalam pengkhususan tertentu.
Justeru,pemilihan,penilaian dan sistem pembelajaran yang sempurna dan sistematik dengan tenaga kerja dan guru-guru yang berdidikasi untuk mendidik pelajar-pelajar adalah menjadi keutamaan dan kelainan yang ada pada SeRTIIK

TUJUAN DANA
Tujuan utama dan digunakan bagi pengurusan SeRTiiK & Pengajian Al-Quran dan memenuhi keperluan kebajikan para pelajar. Buat pengetahuan semua,tujuan dana dikumpulkan adalah untuk membiayai kos pembinaan bangunan asrama yang sudah sekian lama terbengkalai. Selain itu, dana ini juga untuk pendidikan Al Quran pelajar di SerTiiK
SeRTiik sedang dalam proses untuk menyediakan tempat yang lebih selesa untuk para pelajar dengan menyediakan fasiliti yang lengkap dan selesa. InsyaAllah, anak-anak pelajar dapat belajar dan fokus mendalami ilmu agama dengan lebih baik.
+ Kos pembinaan bangunan baru
+ Kos pengurusan SeRTiiK
+ Kebajikan pelajar
SASARAN DANA
Sekolah Rendah Tahfiz Integrasi Ismail Kamari sedang berusaha untuk mengumpulkan dana sebanyak RM 250,000 untuk kos pembangunan dan dana kebajikan pelajar.
PAK HAJI PETRONAS MEMBANTU DALAM PENGURUSAN DI SerTiiK
Pak Haji Petronas mempunyai kepakaran luas dalam pengurusan dan memastikan proses dikendalikan dengan cekap dan teratur..Dengan pengalaman dan komitmen beliau,SerTiiK mampu melahirkan generasi hebat Al Quran .

BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU ?
Untuk memudahkan saudara/saudari menghulurkan bantuan, pihak kami telah menyusun mengikut pakej seperti di bawah:
.jpg)
Kami menjemput Tuan Puan untuk ke SerTiiK di Batu Pahat Johor.Semoga segala keprihatianan,perhatian dan sumbangan ikhlas Tuan Puan Allah berkatinya dan membalasnya dengan sebesar besar ganjaran,diberkati rezeki dan umur dengan sedekah jariah